



Jikalau anda tahu kekuatan dan kelemahan anda, dan sedia untuk mengaku jika membuat kesilapan, anda berpotensi untuk menjadi pemimpin yang hebat.
Pemimpin yang bagus tidak wujud secara semula jadi, mereka perlu dipupuk. Untuk menjadi pemimpin yang baik akan mengambil masa dan komitmen, dan disiplin yang dapat meningkatkan kejayaan. Ini yang dimaksudkan oleh penulis Steven R Covey dalam bukunya: 7 Habits of Highly Effective People, yang telah laris terjual lebih daripada 40 juta salinan.
Menurut kajian pada 2019 yang melibatkan lebih daripada 30,000 pemimpin perniagaan, ciri-ciri utama untuk menjamin kejayaan adalah integriti, ketekunan, kemahiran berkomunikasi yang baik, kepakaran, serta kebolehan untuk menginspirasikan orang lain dan membangunkan pemimpin.

Sepanjang tiga tahun yang akan datang, melalui PRUVenture, Prudential bercita-cita tinggi untuk merekrut 20,000 orang merentasi sembilan pasaran, yang beraspirasi untuk membina kepimpinan dan menjadi pemimpin dalam industri ini. Jika anda berkelayakan, program Prudential ini menawarkan peluang untuk anda memberi inspirasi dan membuat sesuatu yang memberi kesan mendalam.

Sekarang ini waktu yang mencabar, tetapi kami telah mengharungi segala kesulitan selama lebih daripada 170 tahun, dan masih kekal berdiri. Cabaran yang dihadapi sekarang telah menggerakkan kami untuk memperkukuhkan matlamat kami: untuk membantu orang ramai menikmati kehidupan ini dengan sepenuhnya.

Kemahiran berkomunikasi efektif dan kepakaran tinggi
Kepimpinan tidak bermaksud sekadar bersuara kerana anda juga perlu difahami. Ini sebabnya keupayaan untuk berkomunikasi dengan berkesan adalah salah satu kemahiran kepimpinan yang terpenting.
PRUVenture ingin mencari pengurus dan wakil jualan dari sektor bukan insurans, yang berkemahiran untuk berkomunikasi dengan berkesan. Kemahiran berkomunikasi adalah penting untuk membina kepercayaan dengan pelanggan kami.
Bercakap sahaja adalah tidak memadai kerana cara anda bercakap juga adalah penting. Berkomunikasi dengan baik adalah penting dalam interaksi dan komunikasi dengan pelanggan kami, di mana kami sering memainkan peranan sebagai jurulatih kehidupan yang menjaga keperluan mereka, dan mungkin keluarga mereka juga. Penceritaan yang berkesan adalah penting untuk menarik pelanggan kami, dan ini memerlukan kemahiran untuk sentiasa fokus pada keperluan pelanggan dan mendekati mereka pada peringkat peribadi.
Keupayaan untuk membuat pendekatan peribadi adalah penting, khususnya di Asia sekarang ini. Ramai orang keberatan untuk membeli insurans kerana tidak memahaminya. Ini merupakan peluang yang baik bagi mereka yang boleh berkomunikasi dengan berkesan, untuk mendekati pelanggan dan membantu mereka memahami keperluan mereka. Potensi yang ada adalah besar memandangkan ramai orang di rantau ini yang belum dilindungi insurans secukupnya, dengan jurang dalam perlindungan kesihatan dianggarkan sebanyak US$1.8 trilion. PRUVenture boleh menyokong anda untuk membantu pelanggan anda mengecilkan jurang tersebut, dan memastikan mereka dilindungi daripada perkara yang tidak dijangka.

Kami akan bekalkan anda dengan ilmu untuk membina kepakaran insurans supaya anda dapat memenuhi keperluan pelanggan sambil membina kerjaya yang berjaya. Jikalau anda memiliki rekod prestasi terbukti dalam pengurusan atau penjualan, PRUVenture menawarkan anda peluang menarik untuk memantapkan kemahiran menjual dan berkomunikasi anda yang sedia ada, dalam perniagaan yang berkembang maju.

Integriti dan ketekunan
Pemimpin yang hebat bukan sekadar menunaikan janjinya sahaja. Mereka turut didorong oleh integriti dan kejujuran, dan kepimpinan melalui teladan. Ini adalah penting untuk membina kepercayaan, bukan sahaja dengan pelanggan tetapi dengan rakan sekerja juga.
Membina kepercayaan mengambil masa, dan memerlukan satu lagi ciri kepimpinan yang baik: ketekunan. Apabila menghadapi cabaran, merekalah yang akan tetap setia dengan janji mereka dan terus mara.
Ciri-ciri ini adalah penting untuk berjaya dalam program PRUVenture, yang dirangka bagi mereka yang benar-benar komited untuk mempertingkatkan kerjaya mereka dan mencapai kejayaan lebih cepat.
Program inovatif ini akan berjalan secara intensif selama 12 bulan, dan perlukan 100 peratus kehadiran. Setiap hari akan bermula dengan sesi latihan dan pembangunan selama dua jam, dan berakhir dengan sesi bimbingan selama sejam serta mesyuarat semakan, selain memenuhi matlamat aktiviti, hasil dan produktiviti bulanan. Jika anda bermotivasi dan menetapkan standard diri yang tinggi, anda berpotensi untuk berjaya.

Menginspirasikan orang lain dan membangunkan pemimpin
Pemimpin yang berjaya tidak mengejar kejayaan peribadi semata-mata. Mereka turut menginspirasikan dan membangunkan pemimpin lain. Menurut Profesor Frances Frei dari Sekolah Perniagaan Harvard, “Kepimpinan bermaksud keupayaan untuk memperbaiki orang lain dengan kehadiran anda dan memastikan impak itu tetap ada meskipun tanpa kehadiran anda.”

PRUVenture menawarkan anda peluang unik untuk membina daya kepimpinan anda, supaya anda dapat membangunkan diri anda serta orang lain. Program ini telah teruji berjaya, dan konsisten dalam membantu ejen-ejen Prudential menganggotai Million Dollar Round Table (MDRT), yang berfungsi untuk mengiktiraf ahli profesional terbaik dalam industri insurans hayat dan perkhidmatan kewangan.
Melalui program ini, anda mempunyai peluang unik untuk belajar daripada pemimpin perniagaan, cara untuk membina kemahiran kepimpinan anda. Sebagai ejen bagi PRUVenture, anda juga akan dapat berkongsi dengan bakal pemimpin masa depan, cara bagaimana mereka juga boleh membuat perubahan dalam kehidupan orang lain, dan seterusnya menganggotai MDRT.
Jika anda memiliki ciri-ciri yang tepat dan sedang mencari jalan cepat untuk memupuk potensi kepimpinan anda, sertai PRUVenture hari ini.
BRING OUT THE BEST IN YOU
Reasons why PRUVenture is the right choice for you.
ARE YOU READY?
Discover your PRUEntrepreneur personality.