Ingin melakukan sesuatu yang memberi kesan mendalam?
Mengapa anda tidak boleh menolak kerjaya dalam insurans

English Bahasa Melayu 中文
pruv-make-an-impact-feat
layer-plain-desktop layer-placeholder-desktop
layer-plain-mobile
layer-1-insurance

Bayangkan kerjaya di mana setiap hari adalah berbeza, dan anda berpeluang untuk berinovasi, memimpin serta membawa perubahan yang nyata.

Kerjaya itu wujud. Dan anda mungkin terkejut mengetahui bahawa ia adalah insurans.

Meskipun sektor lain sedang mengurangkan pekerja dalam suasana yang tidak pasti ini, industri insurans yang pesat berkembang masih menawarkan peluang yang menarik, terutamanya di rantau Asia-Pasifik. Prudential mengakui potensi yang ada di sini dan ingin bekerjasama dengan individu-individu komited yang boleh melakukan perubahan.

Sekarang adalah masanya untuk menukar kerjaya. Pandemik semasa telah membuat ramai orang lebih berhati-hati dalam menentukan matlamat hidup mereka; bagi diri mereka sendiri dan orang lain. Memilih kerjaya yang membolehkan mereka membuat impak lebih diutamakan sekarang ini.

Lebih-lebih lagi bagi generasi lebih muda yang mementingkan nilai kerjaya yang bermatlamat, serta kerjaya yang memberi gaji yang terjamin. Menurut kajian pada 2020 yang melibatkan lebih daripada 16,000 golongan millennial, firma juruaudit Deloitte mendapati 76 peratus responden berinspirasi untuk mengambil tindakan positif bagi memperbaiki kehidupan mereka sendiri.

pruv-make-an-impact-fig-1

Pengambilan langkah-langkah positif untuk mempertingkatkan syarikat adalah faktor yang telah mendorong kedudukan Prudential selama lebih 170 tahun. Kami telah mengharungi segala kesulitan sepanjang kewujudan kami, namun kami masih kekal berdiri.

Perubahan semasa telah menggerakkan kami untuk memperkukuhkan matlamat kami: untuk membantu orang ramai menikmati kehidupan ini dengan sepenuhnya.

PRUVenture menyediakan platform untuk anda membuat perubahan. Kami mencari individu-individu yang bersemangat dan bermotivasi untuk membantu pelanggan kami memenuhi keperluan insurans mereka. Peranan ini adalah penting. Ramai pengguna Asia masih belum dilindungi insurans secukupnya, dan ini menyebabkan jurang dalam perlindungan kesihatan sebanyak kira-kira US$1.8 trilion — jurang yang ingin kami kurangkan.

pruv-make-an-impact-fig-2

Ramai orang yang masih belum mempunyai insurans secukupnya kerana mereka tidak memahami keperluan insurans mereka. Untuk membantu pelanggan kami memenuhi keperluan insurans mereka akan memerlukan hubungan dan perkhidmatan peribadi, jadi adalah penting untuk kami merekrut orang yang tepat. Kami ingin bekerjasama dengan pemimpin yang mesra serta boleh membantu pelanggan kami membuat antara keputusan terpenting dalam hidup mereka.

Sepanjang tiga tahun yang akan datang, kami akan merekrut 20,000 orang merentasi sembilan pasaran, melalui program PRUVenture. Individu-individu ini harus selesa untuk berdepan depan pelanggan. Mereka mesti bermotivasi untuk memimpin dan mengubah kehidupan mereka sendiri, serta kehidupan orang lain. Kesemuanya akan direkrut daripada sektor-sektor berlainan, tanpa pengalaman dalam insurans.

pruv-make-an-impact-fig-3

Dengan PRUVenture, anda boleh mencerahkan masa depan anda dengan menjalankan peranan kerja yang berlainan, dan menguasai kepakaran dalam kepimpinan. Program ini menawarkan cara cepat untuk menjadi pemimpin yang berjaya, dan yang paling penting, ia membolehkan anda mengawal dan menentukan kejayaan anda sendiri.

pruv-make-an-impact-1

Menjamin kestabilan kewangan

Kami tahu memulakan kerjaya baharu adalah agak menggentarkan, dan kestabilan kewangan mungkin adalah kebimbangan utama. Sebab itulah PRUVenture akan membantu melancarkannya bagi calon yang sesuai. Kami akan membekalkan sokongan kewangan dalam bentuk pendapatan penyambung, supaya anda boleh melancarkan kerjaya anda dalam insurans, tanpa dibebani risiko kewangan.

Selain melindungi kewangan dan menenangkan minda pelanggan kami dalam waktu susah, insurans adalah industri semakin berkembang yang turut menawarkan kerjaya terjamin bagi mereka yang berani menyahut cabaran.

Memupuk semangat keusahawanan anda

Ramai orang beraspirasi untuk menjadi bos sendiri, dan mereka mahu dibimbing dan bukannya diarah. PRUVenture memberi anda kebebasan tersebut melalui: peluang untuk menjadi usahawan dalam syarikat yang dihormati dan kukuh, di mana anda akan diberikan sokongan untuk merancang sendiri serta mengawal pembangunan kerjaya anda sepenuhnya.

Bagi calon yang sesuai dengan kemahiran yang betul, kemajuan kerjaya boleh menjadi cepat. PRUVenture dirangka untuk membangunkan dan mempertingkatkan dengan cepat, melalui model latihan yang terbukti.

Membimbing anda sehingga berjaya

Anda akan diberikan latihan lengkap melalui PRUExpert, program pembelajaran kami yang intensif dan inovatif, serta dirangka khusus untuk pendatang baharu dalam industri insurans. Setiap hari akan dimulakan dengan latihan pembangunan selama dua jam dan akan berakhir dengan sesi bimbingan selama sejam dan mesyuarat semakan.

Enam bulan pembangunan yang pertama akan tertumpu pada usaha mengukuhkan keupayaan menjual anda dengan melengkapkan anda dengan kemahiran untuk menjual. Enam bulan seterusnya akan melibatkan latihan semasa kerja, dengan fokus untuk meletakkan anda di kedudukan pemimpin pada penghujung skim.

Dari awal sampai akhir, PRUVenture akan membantu membina kemahiran anda supaya anda dapat memperoleh pendapatan yang boleh dijangkakan dan ditingkatkan, berserta manfaat dan ganjaran yang tinggi bagi pemimpin yang cemerlang.

pruv-make-an-impact-2

Meningkatkan kepimpinan ke tahap seterusnya

Pandemik semasa telah mengajar kita bahawa ketangkasan dan berfikiran pantas adalah penting untuk menjayakan sesuatu perniagaan, dan PRUVenture komited untuk membangunkan keupayaan tersebut. Program ini telah terbukti berjaya untuk membantu rakan-rakan kami menganggotai Million Dollar Round Table (MDRT), yang berfungsi untuk mengiktiraf ahli profesional terbaik dalam industri insurans hayat dan perkhidmatan kewangan.

PRUVenture menyediakan berbagai peluang untuk belajar daripada pemimpin perniagaan lain. Khususnya, ia menawarkan peluang untuk anda bertindak sebagai ejen dan berkongsi dengan bakal pemimpin masa depan, agar mereka juga boleh membuat perubahan, dan seterusnya menganggotai MDRT.

Jikalau anda ingin mencari kerjaya baharu di mana anda boleh membuat impak yang nyata, PRUVenture boleh membantu anda. Sertai kami hari ini.

< Back to previous page

BRING OUT THE BEST IN YOU

Reasons why PRUVenture is the right choice for you.

pruv-what-it-takes-feat

Do you have what it takes to be a leader? Join our inspiring team

Read more
pruv-unleash-your-inner-entrepreneur-feat

Why working in insurance could unleash your inner entrepreneur

Read more

ARE YOU READY?

Discover your PRUEntrepreneur personality.

Discover Now

X
join-us